Isnin, 10 Mac 2014
Khamis, 6 Mac 2014
PENGENALAN SENI VISUAL
PENGERTIAN SENI VISUAL
- Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu
kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel
bentuk badan manakala .
- seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak,
lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan
hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud
tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga
istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.
- Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu
istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan
pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.
- Menurut buku Fine art in Islamic civilization
(1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu
indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.
- Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah
didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression),
pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D
PENGHASILAN SENI VISUAL
Pengkaryaan
- Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D.
Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik
konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan
teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.
Perekaan
- Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak
menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan
ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi
seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka
bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.
Sumber: http://notasenivisual.blogspot.com/
BIDANG KESENIAN
Terdapat banyak cabang bidang
kesenian. Masa kini, seni merujuk kepada seni yang dapat dilihat,
terutamanya lukisan and ukiran, dan fotografi.
Beberapa bidang seni juga dikenali
sebagai seni halus (fine arts),
termasuk muzik, penulisan, puisi, tarian, and
the teater.
Cabang dari kesenian theater adalah perfileman dan animasi,
dan terkini, multimedia. Mereka yang bergiat dalam bidang theater dan
perfileman biasanya dikenali secara amnya sebagai seniman.
Apabila sesuatu itu dilakukan dengan
begitu sempurna, ia juga boleh dianggap seni: kejayaan kejuruteraan seperti Jambatan Golden Gate (Golden Gate
Bridge) boleh dianggap sebagai hasil seni. Seni reka juga dianggap sebagai satu gaya
kesenian: lihat Menara Eiffel atau katedral Notre Dame. Seni reka adalah gabungan antara
seni dan sains. Aturcara komputer juga boleh dianggap seni;
Seni tidak hanya untuk tujuan
aesthetik; seni dan pertukangan berkaitan dengan
menghasilkan benda berguna kepada seni. seni perdagangan ("komunikiasi
visual") menggunakan kaedah artistik untuk menyampaikan maklumat seperti
melalui pengiklanan. Kadang-kala orang melihat seni dari benda rawak yang tidak
bertujuan sebagai hasil seni; seni sedemikian dikenali sebagai seni
jumpa.
PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir
merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat
Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif
bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah
karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan
pemahat dan pisau wali.
Sukar untuk melihat catatan untuk
mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari
perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya
pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang
terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai
ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah
Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu
ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni
bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga
tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana
Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi
daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi
catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu
digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti,
sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan
Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang
dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata
bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara
Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini
adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama
banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau
dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri
Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan
atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji
(gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua
jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat
pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot
dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan
simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung
keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih
ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang
timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada
bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/ukiran-kayu.html
KONSEP SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
KESENIAN Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman
silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi
kepada Allah s.w.t. kesenian islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri
dan unik. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang
berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan
tauhid dan syara’.
Dalam jiwa, perasaan, nurani, dan
keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah
seni. Sebenarnya, kesedaran mengenai keindahan adalah satu faktor yang
amat penting dalam Islam. Antara faktor yang penting dalam seni ialah hakikat,
ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orang-orang
Islam. Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungkan satu jiwa pencipta
dengan satu jiwa lain, iaitu pengamat.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak,
dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan
melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk
menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.
Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai
ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan
maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya.
Menurut perspektif Islam, daya kreatif
seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu
digunakan sebagai bantuan untuk ‘memeriahkan’ kebesaran Allah. Berseni haruslah
bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak.
Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana
kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang
dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya
manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam
fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya.
Konsep kesenian menurut perspektif Islam
ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada
Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan
beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni
juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan
tidak lari daripada batas-batas syariat
Langgan:
Catatan (Atom)