SEJARAH CATAN TEMPATAN
Di Malaysia, seni catan
mula berkembang pada awal abad ke – 19. Terdapat kepercayaan bahawa
pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis
negeri-negeri selat berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran
kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukis-lukisan dan catan-catan tersebut
banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan
diMalaya.
Pihak Inggeris telah
memperkenalkan genre lukisan / catan landskap dalam aliran Realisme, zaman
Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke-19
apabila Seni Eropah terutama Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh
rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti Impresionisme, Kubisme,
Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina
kepada seni perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada
pendatang dan pelawat cina seperti Yu Beihong yang telah bermastautin di Pulau
Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk
sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus cina
dan kaligrafi di China.
Pada mulanya halatuju
penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk meneruskan sara hidup
masing-masing. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka
bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa
penghijrahanberdasarkan kreativiti artistik mereka. Terdapat yang terlibat
dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Di antara yang
berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor,
Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hoong Kong dan Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal
tahun 1920 an terdapat pelukis yang mempamirkan hasil karyanya. Pameran Seni
Lukis Seni yang terawal di Singapura ialah pameran Lian Xiao OhPastel He Qui Qo
pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni
yang awal di Pulau Pinang bermila apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun
1786oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia Timur. Pelukis- pelukis
Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan
keindahan alam semulajadi di pulau tersebut. Kemungkinan terdapat pelukis
tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada kepada para penaung Syarikat
perniagaan Eropah.
Perkembangan seni
modenboleh dikesan sehingga tahun 1920 an semasa kumpulan Peneng Impressionist
ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakkannya
surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistikpada masa itu,
pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak menyetai Peneng Impresionist. Dua
orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng kung
dan Abdullah Ariff. Penerimaan Abdullah Ariff di dalam kumpulan itu adalah
kerana perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik seni yang diperlukan,
manakala Puan Lim pulapula merupakan seorang isteri jutawan yang dapat memberi
dari segi kewangan.
Pada tahun 1920 an
merupakan perngkat penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yung Mun Seng
telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan memdirikan studio seninya.
Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa
yang telah mempamirkan karya-karyanya di Pulau Pinangpada tahun 1927. Ooi Hwa
dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negari
untuk mempelajari Seni Akademi Seni halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training
College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran seni merupakan salah satu
mata pelajaran seni yang telah di ajar di samping subjek-subjek lain. Komponen
subjek Pendidikan Seni diajar bersama-samadengan pertukangan tangan seperti
membuat dan lain-lain seni pertukangan rakyat pada ketika itu.
1935-penuntut sekolah
Seni Halus Shanghai telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya
ditukar kepada Persatuan Pelukis-Pelukis Cina. 1936-Kelab Seni Lukis Cina
P.Pinang diasaskan oleh Yong Mun Seng yang beraliran Realisme Barat dan Post
Impressionisme. 1938-Lim Hak Tai menubuhkan Akademi Seni Halus Nanyang dan
antara pelukis terkenal yang berjaya dilahirkan ialah Cheong Shuu
Peng,Georgette,Chen Song Swee. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi
warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis
di Camberwell School of Art.
Selepas perang tamat,
Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung
seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun
1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya
menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang
terkenal.
1949-Persatuan Seni
Singapura telah ditubuhkan oleh Dr. Gibson Hill yang juga mengetuai Raffles
Museum.
Tahun 50-an, Syed Ahmad
Jamal dan Yeo Jin Leng serta beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah
menerima alatihan di England.Mereka memperkenalkan aliran abstrak
ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya mereka. Wednesday Art
Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris,
Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni
di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden
kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis
yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong,
Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi,
Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.
1954 tertubuhnya The Selangor
Art Society yang menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melukis pada hari
Khamis Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan “Angkatan Pelukis
Semenanjung” (APS) pada tahun 1956dengan cogan katanya “seni untuk masyarakat”
dan menggunakan kaedah figurative. Pada 27Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni
Lukis Negara, merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni.
Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan
oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak
beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik
daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus.
Special Teachers
Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar
kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang
seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama
satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan
pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah
menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik
Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony
Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan
peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
Awal tahun 1970an
pensyarah-pensyarah Institut Teknologi terdiri dari kumpulan ’New Scene’
seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph
Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis
tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka
yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan
dan masyarakat umum.
Catan hard-edge yang
menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan
Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. 1974
Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan
ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan
Angkatan Pelukis SeMalaysia. Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun
1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis,
memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal
yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.
http://nazerr.blogspot.com/2009/10/sejarah-catan-tempatan.html
GERAKAN ALIRAN CATAN
1.Zaman Pertengahan
- Tidak bersifat individu, karya tidak diletakan nama
pengkarya.
- Subjek utama : keagamaan yang terdapat dalam kitab
keagamaan.
- catan kebanyakan dilukis pada kulit binatang.
- Media : cat air, dakwat dan temera.
2.Renaissance
- Perkembangan catan paling pesat pada abad ke 15 dan 16.
- catan dihasilkan digereja, bangunanawam dan rumah2
persendirian.
- Subjek utama ialah : figura dan imej agama kristian.
- Teknik utama: Chioroscuro- kesan cerah yang seolah2
datang dari luar canvas dari latar yang gelap dan kesemaran. Menimbulkan
kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera.
- Sfumato : olahan cahaya terang gelap dan teknik
kekaburan cahaya dan penggunaan lembut.
- perspektif linear : gambaran horizon secara sistematik
untuk mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan
mengikut aras mata dan perspektif.
- Media utama : fresco, cat minyak dan tempera.
3.Baroque
- Subjek utama : imej manusia besifat ilusi dan
khayalanuntuk membawa audien ke syurga, figura manusia dan latar bel;akang
seperti landskap.
- Teknik utama : Tenebrism - kontra terang gelap yang
tinggi dan memberi kesan kepada bentuk, ruang, dan
kesan keatas cerita.
- contohnya kesan sedih dan simpati pada setiap cerita
yang digambarkan.
- Media utama : cat minyak.
4.Rokoko
- subjek utama : seni hias di istana yang melambangkan
kemewahan dan kisah percintaan. Subjek diolah daripada petikan cerita2 hikayatdan
agama dan landskap serta potret individu.
- Teknik utama : sesco su fresco
- Media utama : cat minyak.
Aliran Surelisme
- Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi
kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
- Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
- Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
- Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
- Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan
misteri.
- Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan
dicantum-cantum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan