LUKISAN

LUKISAN

Lukisan ialah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya seni. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan juga boleh menyatakan luanhan emosi, keindahan intelektualan dan spiritual manusia.

SEJARAH LUKISAN

Lukisan yang terawal dijumpai didinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah menceritakan tentang kehidupan seharian orang zaman purba seperti pemburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua niah, Sarawak dan gua Tambun, perak. Kebanyakan karya yang dilukis di dinding gua menggunakan gya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan, komposisi yang hampir sama iaitu berkumpulan dan memanjang.

JENIS-JENIS MEDIA
  • Pensel
  • Pensel warna
  • warna air
  • Pen 
  • Pastel
JENIS-JENIS LUKISAN

1. FIGURATIF
  • Lukisan yang menumpukan kepada tubuh badan atau anatomi manusia.



      
2. LUKISAN FANTASI
  • Lukisan yang memerlukan khayalan atau imaginasi untuk merakam bentuk sesuatu benda yang terdapat dalam alam nyata atau tidak nyata.




3. LUKISAN ILUSTRASI

  • Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang disampaikan kepada audiens.

4. LUKISAN KONTUR

  • Lukisan yang memperjelaskan bentuk atau rupa pada sesuatu permukaan bentuk. Menggunakan pelbagai jenis garisan tebal dan nipis. Ia juga juga untuk menampakan imej tiga dimensi.



6. LUKISAN KAJIAN


  • Merakamkan ketelitian pada subjek atau benda yang dikaji. Contohnya , memasukan unsure jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.





2 ulasan:

  1. Ulasan yang ringkas tetapi penuh maklumat ..saya baru tahu yang lukisan mmpunyai banyak jenis2 yg trsndiri ..syabas bro ..thorrbaikkkk

    BalasPadam
  2. @syafieq ashraf, klise la ayat awak. Hahaha.

    BalasPadam