ARCA

MAKSUD ARCA
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

JENIS-JENIS ARCA

1. ASEMBLAJ
2. ARCA BINAAN
3. ARCA LUAKAN 
4. ARCA TIMBULAN 
5. ARCA MOBAIL
6. ARCA STABAIL
7. ARCA DINDING
8. ARCA TAMBAHAN
9. ARCA DIORAMA


ASEMBLAJ

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dandigabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca baranganterpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to NewYork”, karya Jean Tinguely






ARCA BINAAN

Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya jugaadalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak  berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagiandalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateriatau kimpalan.






ARCA LUAKAN

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo.



ARCA TIMBULAN

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.






ARCA TAMBAHAN

Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.



ARCA MOBAIL

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.









1 ulasan:

  1. Maklumat yg bagus. Tetapi, untuk lebih baik, anda boleh tunjukkan gambar arca-arca tersebut.

    BalasPadam